Anda belum Log Masuk

Taobao 11.11 - Diskaun 11% Kadar Pengangkutan

Dipaparkan di 4 tahun yang lalu


Sempena musim puncak Double 11 yang dinanti-nantikan ini, WePost telah menyediakan promosi hebat untuk ahli-ahli kami!

Ahli-ahli dapat menikmati promosi sebanyak 11% untuk kedua-dua kiriman udara dan kiriman laut, dengan jumlah maksima RM 111! Ahli-ahli dikehendaki untuk mengikut syarat berikutnya untuk menikmati promosi ini.

Ahli-ahli dikehendaki untuk memilih “Sertai Promosi Double 11” semasa menambah bungkusan baharu, di antara 11hb November ke 20hb November 2019, hadkan bagi 10,000 bungkusan yang isi dalam sistem terlebih dahulu. Ahli-ahli boleh menambah bungkusan baharu walaupun bungkusan tersebut belum sampai gudang China kami.

Walaubagaimanapun, proses pembungkusan pesanan kiriman yang mengandungi bungkusan di bawah promosi ini dijangka akan tertunda 2 hingga 3 hari. Bagi pesanan kiriman yang tidak mengandungi bungkusan di bawah promosi ini pula, proses pembungkusan akan dijalankan seperti biasa.

Dengan ini, kami memohon ahli-ahli yang memerlukan pesanan kiriman dikirim dalam masa yang singkat supaya tidak menyertai promosi ini, kerana maklumat ini tidak dapat diubah-semula setelah anda menekan “Sertai Promosi Double 11”.

Sila hubungi khidmat pelanggan kami jika terdapat sebarang pertanyaan. Perkhidmatan Pelanggan kami akan dianjakkan ke pukul 8 malam untuk membantu anda sempena musim puncak ini.

Kami berharap usaha-usaha ini dapat menyempurnakan pengalaman membeli-belah anda sempena Jualan Double 11 ini.