Anda belum Log Masuk

Servis Kiriman Udara Pantas


Servis Kiriman Udara Pantas ini adalah khas untuk mempercepatkan proses kiriman bungkusan bagi kegunaan perniagaan, atau mengirim barangan untuk situasi istimewa seperti majlis-majlis penting dalam masa yang lebih singkat.

Kami mencadangkan anda untuk memilih perkhidmatan eksklusif ini jika anda perlu menerima bungkusan anda dengan secepat mungkin, bagi menjamin tempoh penghantaran yang lebih singkat.

Syarat-syarat:

  • Bungkusan anda dapat diterima dalam tempoh 2 hingga 3 hari dari gudang kami di China.
  • Maklumkan kepada khidmat pelanggan sebelum pukul 4 petang untuk menikmati perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini hanya akan berkuatkuasa dengan pengesahan daripada pihak khidmat pelanggan kami.
  • Perkhidmatan ini terhad untuk kiriman di kawasan Kuala Lumpur, dan menyokong kedua-dua saluran kiriman udara biasa dan sensitif.
  • Jika bungkusan tidak dihantar dalam tempoh 3 hari, kami akan membayar balik 75% daripada yuran perkhidmatan kiriman pantas yang dibayar. Jika lebih dari 4 hari, yuran akan dibayar balik dengan sepenuhnya.
  • Cuti umum, hujung minggu dan musim puncak kiriman udara tidak dirangkumi dalam tempoh penghantaran yang dijamin.
  • Perkhidmatan ini tidak bersamaan dengan kiriman udara termasuk cukai, dan hanya menjamin perkhidmatan penghantaran bungkusan yang lebih pantas.

Berat (KG) Kadar (RM)
1-9 30
10-49 50
50 above 80

Tiada had bagi barangan yang lebih daripada 50 KG, perkhidmatan ini disediakan untuk barangan seberat 1 TAN !
Kadar yang ditunjukkan adalah caj tambahan, kadar kiriman akan dikira berasingan.

Beritahu kami bahawa artikel ini boleh dipercayai atau tidak~