Anda belum Log Masuk

Tentang WePost


WePost Sdn Bhd (1389001-U) merupakan sebuah syarikat logistik yang berpusat di Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan di bawah kerjasama sepasukan pemuda dari generasi 1990-an yang berwawasan tinggi untuk menjadi pembekal perkhidmatan logistik yang terulung di Malaysia dan Singapura. Kami menyediakan perkhidmatan pos yang paling berkualiti dan efektif dengan mereka cipta sistem tersendiri yang canggih untuk memudahkan proses penghantaran. Dengan platform yang dikemas kini dari semasa ke semasa, anda boleh mengirim barangan yang dibeli dari China, seperti melalui TaoBao dan Tmall hanya melalui satu butang sahaja. Kami juga mempunyai sebuah anak syarikat di China yang bernama “广州全民国际货运代理有限公司”,yang bertanggungjawab untuk mengendalikan semua operasi logistik yang bertempat di China. Dengan ini, kami dapat mengawasi proses penghantaran dan kiriman dengan sepenuhnya dari China ke Malaysia, dan menawarkan perkhidmatan yang paling berkualiti untuk anda.

Perkhidmatan yang kami tawarkan merangkumi setiap langkah dalam proses penghantaran, bermula dari penyimpanan stok di gudang, kiriman udara atau laut, proses pelepasan kastam dan seterusnya perkhidmatan kurier untuk menghantarkan bungkusan ke depan pintu anda. Selain itu, pemberitahuan akan dihantar ke telefon anda jika terdapat maklumat terkini tentang bungkusan anda sepanjang proses kiriman, seperti status dan lokasi terkini. Sistem pemberitahuan kami yang menyeluruh membenarkan anda untuk memerhatikan bungkusan anda dengan satu klik, di mana-mana dan bila-bila sahaja.

Kami akan terus berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang paling meyeluruh mengikut jejakan teknologi dengan menawarkan harga yang paling murah. Misi utama kami adalah untuk menjadi syarikat logistik pilihan utama anda dengan sistem yang paling berkesan serta rangkaian yang terluas di Malaysia. “Kiriman adalah semudah satu klik sahaja”.

Kenapa Kami?

Pakar Khidmat Pelanggan

Sistem Pengurusan Gudang Tercanggih

Aplikasi Telefon

Fungsi Jejak dan Kesan Bungkusan yang Meluas

Pembayaran Secara Online

Fungsi Pemberitahuan Facebook

Profil Syarikat
Nama Syarikat WePost Sdn Bhd(1389001-U)
Alamat Syarikat 3437 (LOT 58935) JALAN PEKELILING TANJUNG 27, KAWASAN PERINDUSTRIAN INDAHPURA, 81000 KULAI JOHOR.
Nombor Telefon 07 818 0383
Alamat Emel (Khidmat Pelanggan) support@wepost.com.my
(Kiriman) shipping@wepost.com.my
(Kewangan) billing@wepost.com.my
(Aduan) complaint@wepost.com.my

Beritahu kami bahawa artikel ini boleh dipercayai atau tidak~